Anda mahu tahu - Kehidupan di UPS adalah berkaitan peluang, kerjasama, budaya kerja yang positif dan faedah yang membantu merealisasikan impian anda.
Terokailah pelbagai laluan kerjaya yang boleh UPS bawakan kepada anda. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang maklumat faedah dan manfaat, ketahuinya melalui tugasan tertentu yang anda cari.
Tugas anda di UPS bukan sahaja bermakna, ia dihargai.
Program Kesihatan, Keselamatan dan Kesejahteraan
Kami menitik-beratkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, pelanggan dan komuniti kami. UPS melaksanakan beberapa pelan dengan pelbagai manfaat dan faedah bagi memenuhi tuntutan kesihatan dan kesejahteraan pelbagai kumpulan kakitangan kami.
Penafian Maklumat Berkenaan Faedah
Maklumat berkaitan pampasan dan manfaat yang tersedia di dalam laman web ini adalah bagi tujuan maklumat semata-mata. Tidak semua produk dan perkhidmatan ini sedia ada atau boleh diguna pakai untuk setiap kakitangan dan ketersediaan sesuatu produk dan perkhidmatan adalah tertakluk kepada perubahan. UPS berhak untuk menukar maklumat yang ada ini selaras dengan keperluan perniagaan kami.
Latihan
Anda mempunyai sumber yang tidak terhad bagi latihan dan pembangunan bagi membentuk kerjaya anda. Bagi pemandu kenderaan, anda akan menjalani latihan industri yang menyediakan anda dengan kemahiran untuk berkhidmat selaras dengan jangkaan pelanggan kami. Selain itu anda mempunyai akses ke UPS University, sistem pengurusan pengajian kami yang menyediakan arkib pendidikan atas talian yang luas. Lain-lain program latihan khusus yang ada termasuklah Akademi Jualan, latihan khas dan peluang pembangunan kerjaya setiap hari
At UPS, Future You discovers a workplace where everyone has an opportunity to fully participate in creating our success and is valued for their distinctive skills, ideas, experiences and perspectives. Our diversity and inclusion mission is to connect and empower our employees, customers, suppliers and communities for success. We seek to advance this mission around the world through advocacy, community investments, business practices and setting the example of a workplace which is fair, authentic, inclusive and diverse. Our definition of diversity extends beyond race, age and gender to include differences in ethnicity, sexual orientation, gender identity, education, religion, physical ability, values, backgrounds and experiences.
Di UPS, Future You menemukan satu persekitaran kerja di mana semua orang berpeluang mencapai kejayaan dan dinilai berdasarkan kemahiran mereka yang khusus, idea, pengalaman dan pandangan. Misi kepelbagaian dan inklusif kami adalah untuk menghubung dan memperkasakan kakitangan, pelanggan, pembekal dan komuniti. Kami memacu misi ini di seluruh dunia melalui sokongan, pelaburan ke atas komuniti, amalan perniagaan dan contoh yang baik di tempat kerja yang adil, tulen, inklusif dan pelbagai. Definisi kami tentang kepelbagaian melangkaui kaum, umur dan jantina bagi meraikan perbezaan dalam etnik, orientasi seksual, identiti jantina, pendidikan, agama, kebolehan fizikal, nilai kepercayaan, latar belakang dan pengalaman.